Jumaat, 25 Februari 2011

nasib seorang isteri

JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.

Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.


Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.

Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.


“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.

sumber:harianmetro

"kesian kan?nak cantik untuk suami..bila jadi macam ni suami pulak menjauhkan diri..apa pendapat kawan2?"

4 ulasan:

Nora Deena berkata...

lorrr.. ini mesti terpedaya iklan2 kt tv tuh, ada byk lagi cara nak langsingkan badan.. biar kesan nyer lmbat tapi x memudaratkan yer tak mummy ? :)

mummy2k berkata...

tu pasal la deena..kang dh dpt penyakit,suami pun larik..tp suami pun jgn la desak sgt isteri untuk cantik..terima lah seadanya...

InaAchik berkata...

ini mengambail langkah senang kekdahnya...
patutnya, nak langsing tak perlu gi buat perlangsingan camtu...
hanya perlu jaga pemakanan & bersenam. skrg ibarat jatuh ditimpa tangga. kesian plak kat kakak tu...

mummy2k berkata...

suke...inaachik sudi datang jenguk blog yg xseberapa nih..hehehe..tu pasalla kan?jaga makan tu penting..akaka memang jenis yang pantang...tp pantang jumpa makanan..smua bedal..hahaha