Jumaat, 1 April 2011

april fool?

salam,hari ni mummy nak share sikit ttg maklumat yang mummy dapat dari encik google tentang perayaan april fool yang biasanya disambut oleh sesetengah orang pada setiap 1 april...sebelum tu,seingat mummy tak pernh pulak mummy "terkena" atau 'mengenakan' orang sepanjang hidup mummy pada tarikh ini.Alhamdulillah... 

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April’s Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

p/s:renung-renungkanlah kita sebagai orang islam...

6 ulasan:

MamaYatie berkata...

moral of the story..sst yg dtg bukan dr ajaran islam harus diteliti dulu sejarah & tujuannya

mummy2k berkata...

betul..betul..betul...

Atiey berkata...

memang tak patut...n3 mummy rini pun cite april fool...mummy jd mangsa nyer...

mummy2k berkata...

huhuhu...

ziana berkata...

My opinion tak yah la yer kan mummy2k nak flw benda camni, cara kehidupan Rasululullah pun tak terikut benda merapu ni diorang nak ikut.

Achiq berkata...

Achiq rasa sapa2 yg nk kena2kan orng ni.. mmg bodo looo...sebenarnya tak yah tunggu 1st. april pun ... kalau dah suka kenakan orng, bila2 pun dia tetap nk kenakan orng juga...