Rabu, 30 Mac 2011

KardioMate bahan pengganti garam

ihsan google
KUALA LUMPUR 29 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan pengganti garam iaitu KardioMate yang berupaya melindungi kesihatan termasuk hati, jantung, ginjal, mata, saluran darah dan otak.
Bahan tersebut rendah kandungan natrium, tinggi kalsium dan mengandungi zat-zat galian penting yang lain.
Menurut Felo Penyelidik Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, KardioMate dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan terutama rumpai laut.
Jelasnya, pengganti garam itu membolehkan orang ramai terutama pesakit darah tinggi menikmati makanan tanpa risau akan tahap kemasinannya.
“KardioMate terbukti secara saintifik boleh membantu mencegah penyakit terutama berkaitan kardiovaskular yang disebabkan oleh amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.
“Bahan ini juga berupaya memperbaiki sistem kardiovaskular individu apabila digunakan secara berterusan,” katanya pada majlis promosi hasil penyelidikan UPM di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Pusat Teknologi UPM-MTDC, di sini hari ini.
Penyelidikan KardioMate mengambil masa sembilan tahun menggunakan geran sejumlah RM500 juta termasuk daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi.
Suhaila memberitahu, tidak seperti garam, KardioMate tidak boleh dimasukkan dalam masakan kerana makanan akan menjadi jeli, sebaliknya ia perlu diambil bersama makanan.
Menurutnya, golongan yang alergi terhadap makanan laut tidak sesuai untuk mengambil KardioMate bagi mengelak alahan.
Tambah beliau, pihaknya kini mengadakan perbincangan dengan industri pemakanan agar pengganti garam itu dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan.(sumber dari:utusan malaysia)

info:
-mempunyai ciri2 antioksida tinggi, natrium rendah, kaya serat dan mineral seperti magnesium kalsium, potassium, iodin, besi, zink, kuprum dan selenium
-boleh rawati masalah kesihatan seperti darah tinggi, obesiti, diabetes, strok, serangan jantung, kanser, hipertensi dan kolesterol tinggi
-menghalang kenaikan gula dalam darah
-melindungi mata,hati, jantung,ginjal,tulang,kulit,otak dan saluran darah
-bermanfaat untuk kesihatan usus dan masalah penghadaman dan mengurangkan lemak dalam badan

p/s:macam bagus je kan,nak2 info yang paling last tu amat sesuai la untuk mummy nih...

Tiada ulasan: