Selasa, 26 Julai 2011

kebahagiaan rumahtangga

salam kawan2 mummy..hari ni mood bersyukur..hehehe..setakat hampir 5 tahun bersama suami,alhamdulillah kami bahagia seadanya...bukan riak atau takabbur...mummy tau ramai kawan2 pun bahagia....tapi dalam kita bahagia,kadang2 kita lupa nak bersyukur pada Allah..kadang2 juga,kita lupa untuk pertahankan kebahagiaan..sesungguhnya segala kebahagiaan yang kite kecapi semuanya datang dari Allah...so,tadi mummy google la doa2 yang boleh dimanfaatkan untuk mengekalkan kebahagiaan..insyaAllah..tapi kawan2,bukan stakat doa,tapi juga usaha kita untuk kekalkan kebahagiaan kita amat penting kan?ok,kawan2,harap info mummy ni dapat membantu yer?sebenarnya untuk mummy sendiri..tapi tak salah untuk mummy berkongsi...kan sharing is caring...

doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 



If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."

atau membacakan ayat ke-200 surah sama

O you who believe! Endure and be more patient (than your enemy), and guard your territory by stationing army units permanently at the places from where the enemy can attack you, and fear Allah, so that you may be successful.

8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 
cedok dari:www.jomkahwin.com

p/s:usaha+doa,insyaAllah kebahagiaan milik kita..amin... 

9 ulasan:

MamaYatie berkata...

P no 7 payoh sekali..huk3x

MamaYatie berkata...

P no 7 payoh sekali..huk3x

mummy2k berkata...

same la dear...

Unknown berkata...

semoga kekal bahagia mummy...

mummy2k berkata...

farzlyna:sama2 kite berdoa...amin...

Nina K's Luviee berkata...

semoga bahagia selamanya

mummy2k berkata...

nina:amin....

Bunga April berkata...

yg lain senang no 7 susah..adoiii.. berdua2???hmm tunggu bila anak2 dh beso n ade kerjaya masing baru leh g plak kot..insyaallah klu umur panjang

mummy2k berkata...

yusz:yup,yang tu insyaAllah 15 thn akan dtg...