Memaparkan catatan dengan label share. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label share. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

cabaran 30 hari

salam kawan2..agak lama jugak mummy tak update  entry kan?tapi mummy tetap pegi melawat blog kawan2..ape yang menarik tadi masa mummy g melawat blog pinky momma... ada entry berkaitan 30-day blog challenge.ni bukan contest,tapi cam best je..nak join jugakla(momma pinky xkisahkan?)..since dah taktau nak update apa kan,elokla untuk blogger yang tak banyak idea cam mummy nih..cabaran-cabarannya:

day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda ? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?


jomla kawan2 join jugak,cam interesting jer... jap g mummy wat post pasal day 1 challenge

Khamis, 10 Mac 2011

mocha addicted...

salam kawan-kawan..
sayang pulak nak tinggal blog tak berhupdate,tp mummy bizi sangat nih..minggu depan mummy cuti,nak kena siapkan keje laju-laju..hehehe..just nak share pasal minuman kegemaran mummy..
ni dia ha...
ihsan-google
mummy bukan nak wat iklan tau,tapi siyes mummy minat sangat air yang berperisa mocha..x semestinya jenama ni je..segala jenis air yang ade mocha,i like..klau kirim member beli iceblended pun dh tau dah,mesti mocha,lupakan yang lain..eh,cam iklan daia pulak..
k la,mummy nak sambung keje pulak nih..kawan2 pulak suke air ape ek?

Rabu, 2 Mac 2011

JIKA ISTERI KITA SAKIT

salam,mummy cuma nk share ape yang mummy baca dari facebook..agak menarik kan?



Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.



Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.



Kita pun bertanya, "Sakit ke?"... Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.



Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.



"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."



Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak... sepatutnya ajaklah ke klinik......" Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.. nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.



Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".



Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.



TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.



Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.



Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.



Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam... dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.



Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ...." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.