Memaparkan catatan dengan label sharing is caring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sharing is caring. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2012

suami atau isteri:sharing is caring

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Isteri en zainal buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!


p/s:copy dr fb seorang rakan kepada rakan...wahai suami,fikir2kanlah..itu bg surirumah,bagi yang berkerjaya seperti sy n rakan2 lain,sila tambah lg satu kerja..huhuhuhu..siapa lg byk keje?

Khamis, 16 Februari 2012

suami isteri:muhasabah diri



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Jumaat, 3 Februari 2012

wahai wanita...bacalah...

salam,perkonsian di pagi jumaat yang berkat,untuk diri sendiri jugak...semoga sama2 kite memanfaatkannya...amin...


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."


Rasulullah SAW bersabda " Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka kerana 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka iaitu 
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah 
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya
 -Banyak beristighfar 
 -Banyak bersedekah 

Jumaat, 9 Disember 2011

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

salam kawan2...semua sihat hari ni?mummy tertarik dengan kata2 di atas...betul kan?setiap apa yang berlaku,sudah tentu Allah yang lebih tau apa yang baik untuk kite..kita xsepatutnya menyesali takdir kerana pasti ade ganjaran di akhirnya...apa yang perlu kite buat adelah menadah tangan dan bersyukur,terus berdoa semoga kita diberikan kebahagiaan...muhasabah diri untuk mummy sendiri juga...semoga mummy n kawan2 jugak sentiasa tabah dengan segala ujian-Nya....amin...

Selasa, 6 Disember 2011

tidak berharap...

saya amik kata2 ni dari fb seorang kawan...dan,saya rasa ia terkesan di hati...menyayangi seseorang janganlah terlalu mengharap balasan...sekiranya mereka menghargai kasih sayang kita,itu sudah lebih dari cukup...
WHAT SAY YOU?

Selasa, 1 November 2011

renungan:tarikan seorang wanita

salam kawan2..sekadar renungan bersama...mummy copy dari fb seorang teman...


1 • Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2 • Suaminya 
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3 • Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4 • Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. 

---------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦

Firman ALLAH S.W.T ~
"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"
(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)
 

Rabu, 3 Ogos 2011

golden churn butter ade dna b.a.b.i

salam kawan2..berwaspadalah dengan apa yang kita makan sehari2...tiba2 mummy rasa semua makanan yang dijual tak halal..kalau was-was camni,susahla...yang penting kena tengok tanda halal oleh JAKIM malaysia,kan?
berita selanjutnya di BERITA HARIAN

credit to google

Selasa, 26 Julai 2011

kebahagiaan rumahtangga

salam kawan2 mummy..hari ni mood bersyukur..hehehe..setakat hampir 5 tahun bersama suami,alhamdulillah kami bahagia seadanya...bukan riak atau takabbur...mummy tau ramai kawan2 pun bahagia....tapi dalam kita bahagia,kadang2 kita lupa nak bersyukur pada Allah..kadang2 juga,kita lupa untuk pertahankan kebahagiaan..sesungguhnya segala kebahagiaan yang kite kecapi semuanya datang dari Allah...so,tadi mummy google la doa2 yang boleh dimanfaatkan untuk mengekalkan kebahagiaan..insyaAllah..tapi kawan2,bukan stakat doa,tapi juga usaha kita untuk kekalkan kebahagiaan kita amat penting kan?ok,kawan2,harap info mummy ni dapat membantu yer?sebenarnya untuk mummy sendiri..tapi tak salah untuk mummy berkongsi...kan sharing is caring...

doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 



If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."

atau membacakan ayat ke-200 surah sama

O you who believe! Endure and be more patient (than your enemy), and guard your territory by stationing army units permanently at the places from where the enemy can attack you, and fear Allah, so that you may be successful.

8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 
cedok dari:www.jomkahwin.com

p/s:usaha+doa,insyaAllah kebahagiaan milik kita..amin... 

Isnin, 25 Julai 2011

22 Adab dan Petua Membaca al-Quran

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.
Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

p/s:tak sabar nak menyambut ramadhan..azam untuk ramadhan tahun ni adelah untuk khatam Al-Quran..amin...

Selasa, 19 Julai 2011

20 SURVIVAL TIPS FOR PARENTS

mummy copy paste jer...sekadar berkongsi info..

( I am a blessed mother of three living beautiful children and a deceased son since 1993, plus thousands more medical students since 1997. I started writing these tips as FB page entry since June 29th, 2011. If you can benefit from these, let's share them... with as many parents out there)  - by Dr Harlina Halizah Siraj ( Ummi for Syifa, Sofwan (deceased), Syamil & Deena)
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no.1 - Strive to be the best role model to your children. Make them proud of you first before you can expect them to make you proud. How about asking this question to your adolescent kids today : ` Have I ever made you proud, son/daughter?' Reflect on the answer, if you're gonna get one.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no.2 - Display your commitment, affection and love for each other (as parents & couple) for your children to see. Put on your best smiles the moment you step into the house, no matter how bad things are at work. Make your home as the sanctuary & heaven on earth for the kids. Keep it warm & cozy with your prayers and unconditional love for everyone.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 3 - Avoid degrading or talking bad about your spouse in front of the children. Remember, it is their father/mother you're complaining about. Don't try to win them over & make them go against your spouse. That's not win-lose, in fact, it is definitely a lose-lose!  
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 4 - Appreciate every single deed and help you received from your children. Thank them, praise them - loud and clear for everybody to hear. Put on your best smile while thanking them. You have just made up their day   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 5 - Practice what you preach. But don't preach every time you talk to the children. It might sound like a good sermon to you, but to them, it is simply a nag! Don't ever begin your sentence with ` When I was your age,..'. If you do, just watch their eyes rolling up & their ears turning deaf.   SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 6 - Provide spiritual guide to your children - they need the framework & structure. Never neglect spirituality in everything you do. Pray together as much as you could. Read the Quran and reflect on its meaning. Convince them, spiritual health is as important (if not more) as physical, mental & emotional health.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 7 - Apologize for your mistakes and shortcomings, tho' sorry is the hardest word, esp. for parents. We can be wrong too. The children need to be reminded that they're being raised by HUMAN BEINGS, not angels. Try hard not to repeat the mistakes. This might be the most difficult tip to practise!   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 8 - Allow some space for your adolescents to make decisions and guide them from there. Trust them. Who else will if not you, the parent who raised them up! Don't doubt your parenting. Avoid suffocating them with your over-protectiveness. Let them learn from their mistakes.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no 9 - Introduce your children to your friends/colleagues. Exhibit how much you appreciate them & proud to be associated with them. Only then you could expect your kids to introduced their friends to you!     
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 10 - Learn about your children's love languages. Each has a different, dominant type, tho' they might come from the same womb. Manage the diversity. Adapt the best parenting method for each of them. Get feedback - that's the only way to improve.   SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 11 - Thank Allah everyday for selecting you, of all the parents in the world, to be THE parent to these beautiful children. Feel honoured by the privileges of being a parent. Enjoy your parenthood - despite the hardship, pain, worries and sleepless nights (not mentioning the big bucks). Cherish your role - show how much you love being a parent!   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 12 - Treasure your own parents, and let the children realize how much you love them. Visit their graves (if they are no longer alive) & tell the children amazing stories about their deceased grandparents. If they're still alive, allow the children to spend their holidays together. Allow grandparents to occupy a special place in the children's hearts & lives.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 13 - Involve the children in making plans for the family - renovating the house, buying a new car, selecting gifts etc. Best time to teach them about family value & traditions. Let them suggest, however indicate who's the boss. Be fair, sporting and reasonable - this is when the children learn the rules of the game.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 14 - Instill love for books & knowledge into your children's lives. Hang around in bookshops & never miss the annual book fair. Being digital natives, introduce them to e-books, digital readers & tablets. Read together as a family. You're enriching them with a legacy.   SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 15 - Be fair in showing off your affection to each of your children. Deal with sibling rivalry - do not just ignore it. Make time to understand the dynamics, address the dissatisfaction, attend to each complaint. Put yourself in their shoes - they always see things differently!   SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 16 - Learn to say NO to your children, esp. on matters of principles. Do not compromise your values to accommodate their demands. Provide guidance, framework & structure. They need those to lead a successful & meaningful future.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 17 - Avoid calling your children `problematic' - esp when you can't handle them. Let's rephrase - they are children with `difficulties' - varying degrees, of course. Some quite trivial, some really massive! They need your help & assistance. Do not give up or abandon them now!   SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 18 - Support each other in your parenting process. Display solidarity, restrain from open contradiction on parenting styles. Kids tend to be manipulative if they know you both have disagreement. Single parents, engage others (family, close friends) to support you. You shouldn't shoulder these duties alone!   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 19 - Instill sense of belonging among your children. Train the young ones to respect the elder siblings, vice versa. Keep them closely knitted.Treat them equally, avoid favoritism. Express unconditional love. Everyone matters & has a special, dedicated place in everybody's heart.   
SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 20 - Befriend your adolescent kids - if possible be their best friend . Avoid being their worst enemy. No doubt parenting adolescents can be most challenging, but they're also facing the most difficult phase of their lives. Friends are not judgmental, loyal and keep secrets well, while enemies despise & couldn't stand one another.Which one is you? 
sumber:http://www.facebook.com/#!/ibubapacemerlang

Khamis, 14 Julai 2011

bahagiakah kita...?

salam kawan2,hari ni mummy rasa cam nak kongsi pendapat dengan kawan2...

BAHAGIAKAH KITA SEANDAINYA KEBAHAGIAAN YANG KITA KECAPI ITU KITA PEROLEHI DARI KEMUSNAHAN INSAN LAIN???

ADAKAH KITA PULA SANGGUP MENDERITA UNTUK MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN PADA ORANG LAIN?

p/s:sekadar bertanya pendapat..

Selasa, 5 Julai 2011

dilema....

kawan-kawan,nak tanya nih...
tadika kemas ok tak?

Khamis, 23 Jun 2011

aishwarya rai hamil

salam kawan2..saje jer nak gossip sikit..hehehe..bukan ape,mummy cuma membayangkan rupa anak aish yang bakal lahir nanti..mesti comel cam dia kan?kalau cam abhishek pun ok jugak...dengan bangganya encik amitabh mentweet di twitternya mengatakan dia akan menjadi datuk..teruja tu...

Isnin, 13 Jun 2011

13 aurat wanita

gambar ihsan encik google

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.   2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.  
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.  
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.   
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.  
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.   
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.   Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.   
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.   Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.  
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.   Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.   Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.   
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.   Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.   Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.  
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 
p/s:untuk peringatan diri sendiri jugak...

Khamis, 21 April 2011

sayangi agama dan negara kita

untuk makluman..notes ni mummy jumpa kat fb seorang member mummy,just nak share kot2 kita dapat petunjuk dari sini tentang situasi di negara islam kita,malaysia...hope kita dapat iktibar dari sini..pertahankan agama kita..amin...

Saya ingin berkongsi cerita ini dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia   Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja seba...gai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.   Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.   Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.       Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..! 1.Jika anda orang Islam sila sebarkan email ini..!! 2.Jika anda orang bukan Islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini

Jumaat, 15 April 2011

Untuk Tatapan Para Suami

salam satu malaysia kawan2..wat pengetahuan semua,mummy baru balik dari seminar di terengganu,so berhabukle sikit umah mummy ni..ni baru umah maya,umah di alam nyata toksah cakapla..huhuhuhu..nasib baik encik hubby ade gakla tolong kemaskan..thanks love...ari ni mummy just nak share jer ape yang mummy jumpa di fb,kalau tuan punya karangan ada membacanya,harap ampun yer copy paste,mende baik..xsalah kan?

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum... Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...... Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam.... Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian.... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar..... Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku...menjadi ibu anak-anakku... Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....   Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI     Ketika telefon isteriku berdering di malam hari... Ketika isteriku mula belajar ber'sms'..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi...   Kini, aku baru ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli padaku?   P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah menganggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki. 


Rabu, 6 April 2011

fever strips or digital thermometer?

salam kawan-kawan,
masih lagi berkisarkan tentang anak demam,tapi Alhamdulillah,hayqal dah sihat..yang mummy nak kongsikan sekarang adalah berkenaan alat yang mummy pakai untuk menyukat suhu anak..sejak anak mummy yang sulung sehinggalah hayqal,mummy setia kepada fever strips...senang dan mudah...
fever strips
setakat yang mummy gunakan,ok la untuk mummy aware tahap kesihatan ank2 mummy...
tapi dua,tiga hari lepas hayqal kan demam,so mummy guna fever strips nih tapi tetiba je rasa tak puashati..rasa macam bacaan tak betul la,takut tak accuratela...mummy pun try la pegi beli mende alah nih..
digital thermometer
konon2 nak yang lagi canggihla...huhuhuhu....tapi hasilnya adalah lambat n macam tak sesuai sangat untuk hayqal yang tak suka duduk diam...lagipun bacaan agak lama dalam masa 2 minit..kna pulak letak kat underarm,so bayangkan la hayqal camner..sibuk nak pegang mende alah ni..huhuhu...bagi mummy la,fever strips tu lagi senang untuk digunakan..mungkin sesuai kalau untuk orang dewasa kot digital thermometer nih..
dari segi harga pun lebih kurang jer...so,kawan2 biasa guna yang mana ek untuk sukat suhu anak2?

Jumaat, 1 April 2011

april fool?

salam,hari ni mummy nak share sikit ttg maklumat yang mummy dapat dari encik google tentang perayaan april fool yang biasanya disambut oleh sesetengah orang pada setiap 1 april...sebelum tu,seingat mummy tak pernh pulak mummy "terkena" atau 'mengenakan' orang sepanjang hidup mummy pada tarikh ini.Alhamdulillah... 

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April’s Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

p/s:renung-renungkanlah kita sebagai orang islam...

Rabu, 30 Mac 2011

KardioMate bahan pengganti garam

ihsan google
KUALA LUMPUR 29 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan pengganti garam iaitu KardioMate yang berupaya melindungi kesihatan termasuk hati, jantung, ginjal, mata, saluran darah dan otak.
Bahan tersebut rendah kandungan natrium, tinggi kalsium dan mengandungi zat-zat galian penting yang lain.
Menurut Felo Penyelidik Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, KardioMate dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan terutama rumpai laut.
Jelasnya, pengganti garam itu membolehkan orang ramai terutama pesakit darah tinggi menikmati makanan tanpa risau akan tahap kemasinannya.
“KardioMate terbukti secara saintifik boleh membantu mencegah penyakit terutama berkaitan kardiovaskular yang disebabkan oleh amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.
“Bahan ini juga berupaya memperbaiki sistem kardiovaskular individu apabila digunakan secara berterusan,” katanya pada majlis promosi hasil penyelidikan UPM di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Pusat Teknologi UPM-MTDC, di sini hari ini.
Penyelidikan KardioMate mengambil masa sembilan tahun menggunakan geran sejumlah RM500 juta termasuk daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi.
Suhaila memberitahu, tidak seperti garam, KardioMate tidak boleh dimasukkan dalam masakan kerana makanan akan menjadi jeli, sebaliknya ia perlu diambil bersama makanan.
Menurutnya, golongan yang alergi terhadap makanan laut tidak sesuai untuk mengambil KardioMate bagi mengelak alahan.
Tambah beliau, pihaknya kini mengadakan perbincangan dengan industri pemakanan agar pengganti garam itu dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan.(sumber dari:utusan malaysia)

info:
-mempunyai ciri2 antioksida tinggi, natrium rendah, kaya serat dan mineral seperti magnesium kalsium, potassium, iodin, besi, zink, kuprum dan selenium
-boleh rawati masalah kesihatan seperti darah tinggi, obesiti, diabetes, strok, serangan jantung, kanser, hipertensi dan kolesterol tinggi
-menghalang kenaikan gula dalam darah
-melindungi mata,hati, jantung,ginjal,tulang,kulit,otak dan saluran darah
-bermanfaat untuk kesihatan usus dan masalah penghadaman dan mengurangkan lemak dalam badan

p/s:macam bagus je kan,nak2 info yang paling last tu amat sesuai la untuk mummy nih...

Jumaat, 18 Mac 2011

adenovirus

salam...since dah dua orang pelatih inspektor terkorban akibat adenovirus ni,mummy nak share la serba sedikit pasal virus nie..takut jugak kan?
fakta2 ni pun mummy copy dari sini

How is adenovirus infection spread?

Adenoviruses are spread like the common cold. The viruses can be spread from person to person via coughing or sneezing. People may also become infected by touching something with adenovirus on it and then touching their mouth, nose, or eyes. For example, adenoviruses can be transferred to a doorknob when an infected person sneezes into his/her hands and then touches the doorknob before washing. Germs can also be spread if an infected person sneezes or coughs onto tabletops or other items that might be touched by other people. To prevent the spread of disease, it is important to practice good health habits.

What are the symptoms of adenovirus infection?

The viruses are a common cause of infection in humans, but they rarely cause serious or fatal illness. Adenoviruses cause a wide range of illnesses and symptoms, including

Who is most at risk for complications from adenovirus infection?

Everyone is at risk of adenovirus infection, but patients with weak immune systems or with underlying respiratory or cardiac disease are most at risk for severe complications from any respiratory infection, including adenovirus infections.

What steps can healthcare providers and people take to protect their health?

  • People can protect themselves against all respiratory diseases by washing their hands, and they can protect others by covering their mouth when coughing or sneezing.
  • People should, whenever possible, take steps to prevent respiratory infections. Such steps include vaccination and good health habits. At this time, Ad14 should not be considered a concern to the general public. Other respiratory infections, such as influenza, respiratory syncytial virus, and bacterial pneumonia, are other important causes of illness.
  • Physicians should be aware that Ad14 can cause severe pneumonia and consider it in the differential diagnosis if the cause of infection is unknown
 so,sama-samalah kite menjaga kesihatan kite n orang2 yang kite sayang...