Selasa, 1 November 2011

renungan:tarikan seorang wanita

salam kawan2..sekadar renungan bersama...mummy copy dari fb seorang teman...


1 • Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2 • Suaminya 
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3 • Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4 • Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. 

---------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦

Firman ALLAH S.W.T ~
"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"
(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)
 

3 ulasan:

Unknown berkata...

wanita yg bergelar isteri, anak & adik perempuan, jika usdah punya kesedaran.. harus lah menjaga batas aurat sendiri kan.. belajar lah kasihan sama kat mereka (ayah, abang & suami) tu kan..

mummy2k berkata...

betul kakyong..saya pun sedang mencuba kearah itu..insyaAllah...

obat kanker kelenjar getah bening berkata...

jadi inti_nya...tergantung orang tua bagaimana cara mendidik anak_nya,,,