Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Isteri en zainal buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
p/s:copy dr fb seorang rakan kepada rakan...wahai suami,fikir2kanlah..itu bg surirumah,bagi yang berkerjaya seperti sy n rakan2 lain,sila tambah lg satu kerja..huhuhuhu..siapa lg byk keje?
5 ulasan:
jahat en zainal ni! hehehe
hahaha..xpepasal encik zainal yang kena..nasebla...
gituler rutin seorang isteri.. suri rumahpun penat oooo akak tak sanggup jadi suri rumah sepenuh masa tidak.. dahler orang pandang ingat kita goyang kaki... tapi keje kat rumah tak habis2..
tapikan kalau kita yang bekerjani kat rumahpun terus gak bekerja lg oooo perempuan ko memang hebat...
Apatah lagi isteri yang bekerja dan perlu jaga rumah dan anak
cho zila & hanif:tu lah superwoman kan?hehehe..semoga di beri kekuatan utk mnjadi seperti itu...insya Allah..
Catat Ulasan