salam,perkonsian di pagi jumaat yang berkat,untuk diri sendiri jugak...semoga sama2 kite memanfaatkannya...amin...
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Rasulullah SAW bersabda " Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka kerana 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka iaitu
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya
-Banyak beristighfar
-Banyak bersedekah
6 ulasan:
nice post..tq
thanks mama ema
alhamdullillah, moga kita sama2 dapat mengamalkannya & dapat manfaatnya..
sweetmama:insyaAllah...
sama-sama ambil iktibar.
Informasi post!!
Salam Maulidur Rasul !!
Catat Ulasan